Rabu, 28 Disember 2011

Accident?

Beberapa hari ni asyik tido lambat je, tu pasal lah mimpi pun aku dah tak ingat...

Ok lah, pasal malam tadi. Ada sedikit sahaja part yang aku boleh ingat. Kami pergi tengok rumah. Samada nak sewa atau nak beli, tak tau la pulak. Dah habis bincang tu, aku cari2 Mira dengan Amalia dah hilang. Alamak, mana diorg pergi ni. Kami menuju ke tepi jalan. Masa tu lah aku dengar Mira panggil aku. MasyaAllah, dia dengan Amalia ada dalam kereta (Satria kaler merah, keta aku ke? erkkkk). Mira yg tengah drive. Mira pandai drive? Baru nak masuk 8 tahun tu. Dia boleh control kereta tu tapi tak reti tekan brek. Jadi satria tu laju je. Aku pun buka selipar, terus kejar kereta tu (rasa macam kat trek sukan olimpik la pulak, tapi apasal mesti bukak selipar? Oooo... takut putus kot). Sampai satu simpang, Mira terus jalan je, walaupun aku dah jerit, "tekan brek, tekan brek..." Mungkin Mira nak pastikan apa yang aku jerit kat dia, dia tak pandang depan, terus langgar pagar rumah orang. Ranap depan sebelah kiri satria tu. Hmmmm apa lagi, aku heret Amira keluar, aku ikat tangan dia ke siling (ntah bila masa sampai rumah), aku rotan dia sekuat hati. Walau dia menjerit2 mintak ampun, aku rotan lagi da lagi dan lagi... sampai dia terus diam kaku tak bersuara dah (bukan mati ye.. huhuhu)... Aku cakap kat dia, 'kalau kena langgar ngan lori ke tadi, macam mana? Along bawak Angah tau tadi. Nanti dua2 mati...' Adoiiii geram betul aku. Tapi kesian pulak. Zalim sangat aku pukul anak sampai macam tu. Tapi nasib baik la tu mimpi je... Harap2 aku tak lah sesampai hati nak pukul anak2 aku sampai macam tu...

Ahad, 25 Disember 2011

China....

Semalam pergi kenduri dari petang sampai ke malam. Lps kenduri kami adik beradik ipar duai ada meeting. Biasa lah, meeting pasal trip kami ke Melaka pada Raya Cina nanti. So, apa lagi. bawak sampai ke mimpi lah...

Trip kami ke China.. Konon laaa... macam la pernah sampai ke sana. Kami ke China tu satu family. Mak, abah pun ada. Ntah ceruk mana la kami menginap, dengan sesak, tak bersih. Adoiii ni mesti trip bayaran murah punya. Hahahaha... time makan, kami cari gerai tepi jalan. Alaaa kalau kat sini, orang panggil cucuk-cucuk, yang jual kat tepi2 jalan tu je. Ada sorang wanita ni, bertudung, fasih cakap Melayu. Dia kata yang dia jual tu semua halal, tak payah risau. Tp kami berlagak, kononnya nak survey2 restoran kat sekitar tu dulu. Last2 makan kat kat gerai sorang lelaki tu. Mukanya dah la macam org Tibet, tak kemas, cam selekeh sangat. Makan la kat situ. Tp dia punya makanan, ya ampun... masin gila dan halal ke tu???. Kami pun komen la tapi dia macam tak faham apa yang kami cakap. Bila tanya harga, yang aku ingat dia kata set pertama tu 24 dollar. wahhhhh boleh tahan reganya padahal bukan byk mana pun kami telan, tak sedap pulak tu. Aku tak sure kami bayar ke tidak sbb seketika tu kami dah berada di satu kawasan yang penuh dengan pokok sakura. ????? cantiknya.... tapi sakura bukan kat Jepun je ke? Confuse... Masa tu lah, wanita yang jual cucuk2 kat gerai pertama tadi tolong kami angkut2 beg... nak pergi mana pulak ni??????...

Sabtu, 24 Disember 2011

Pau dan tembikar

Semalam tgk Kak Marina Masdar post gambar tart keju blueberry yg baru dia buat. Dalam kepala ni dah berkira2 nak buat juga. Tp tepung Hong Kong yang aku beli hari tu untuk buat pau masih tak berusik. Kacang merah pun dah beli, tunggu nak masak je. Malasnya nak buat inti tu... Tu la sampai bawak ke mimpi belajar buat pau. Siapa gurunya. tak pulak aku ingat. Yg aku ingat, duk sibuk cari kertas untuk lapik pau tu. Mangsanya, buku nota kecik si Mira dan Amalia yang aku kebas... Hasilnya, wahhhh pau tu putih gebu, macam pau Ahmad laaa... sampai situ je.. :)

Lepas tu aku dan family pergi melancong. Melawat tempat orang buat barangan tembikar. Aku dengan Eddy sibuk la berebut camera, masing2 nak shooting scene yang menarik. Tp camera tu pelik sangat. Aku shoot gambar tembikar, keluar gambar gunung ganang. Ni mesti terpengaruh dengan cerita Mission: Impossible III yang aku tengok malam tadi. Hisshhhh... tengah gaduh2 pasal camera tu, Amalia nak buang air. Pegi la cari toilet. Kat belakang bangsal tu je tp nak menguruskan dia buang air tu, aku rasa lama sangat. Sampai la aku terjaga sendiri dalam pukul 6 pg td. Susukan Dina kejap sebelum bangun solat. Tp korang perasan tak, mimpi2 pergi bilik air buang air yang tak habis2 tu lah yang biasanya akan buatkan kita terlajak... faham kan maksud aku. hahahahaha...

Jumaat, 23 Disember 2011

Punya 2 suami?

Haaaa baru berkesempatan nak update. Sibuk betul hari berperang dengan ikan talapia. Almaklum la first time masak ikan tu. 1st time jugak masak lemak cili api. Terkial2 nak potong ikan. Dengan lendirnya, dengan hanyirnya. Hmmm tapi hasilnya... sedap juga. hehehehe

Ok, mlm tadi... hmmmm... tak berapa ingat sangat laaa... yg dapat recall, aku pegi Indonesia. Bercuti sambil bershopping la konon. Masa tu aku bertiga. Aku, Chah dan Marini (geng masa kat UPM dulu). Kami tinggal kat satu rumah ni dengan tourist guide nye sekali. Guide tu sapa korang tau? Bob KU2... hahahaha... sorang lagi tak kenal tapi handsome la... Kononnya masa tu kami semua ni bujang lagi. Shopping pun beli beg2 dan kain2 baju je. Si mamat handsome ni la byk tolong kami. Harapkan si Bob tu, duduk, baring, tidur je dia tau. Masa kami bersiap nak bertolak blk ke Malaysia, mamat tu sempat bagi aku alamat dia. Tapi mana alamat tu? mana? mana? haaaaa... mimpi laaaaaaaa........


Mimpi kedua lak, aku baru kawin ngan Eddy. Baru lepas melahirkan anak (Irdina la kot). Tapi tak syoknya, aku kawin dengan dia tu semasa aku ni masih lagi berstatus 'bini orang'. Bini siapa? Hmmmm ex-friend dia sorang tu. Boleh pulak aku tanya dia, 'takpe ke kita kawin ni? saya kan masih bini orang'. Takpe ke? Tapi anak dah kuar sorang ni. Haiyaaaa....

Khamis, 22 Disember 2011

FK lagi....

Agak lewat aku update hari ni rasanya...

Malam td, lg sekali aktor tu muncul dlm mimpi aku. Siapa agaknya? haha hero FK laaa... Kali ni dia macam tetamu di rumah kami, sebuah bungalow usang yang macam dah ditinggalkan beratus tahun. Kami ni kononnya bercinta sorok2 lah dari pengetahuan ayah aku. Hmmm.. kami sorok2 keluar ke padang, berbaring di sana sambil melihat bintang2 dilangit. Waahhhh romantaik betul. Tgh syok layan jiwang, ayah panggil FK suruh betulkan paip yang rosak. Kami cepat2 balik. Masuk je dalam rumah, aku dah berada di sekitar Mines Shopping Fair sana. Berada dalam satu kejadian tembak menembak. Adoooiiii cerita Tamil pulak ke ni? Masalahnya aku berada dalam sebuah kereta yang tengah dihujani peluru. Takutnya tak payah la nak cerita. Beberapa peluru mengenai cermin depan kereta yang aku naiki tu tapi cermin tu kalis peluru kot sbb driver tu tak mati2 pun. Driver tu aku tak tau siapa sebab mukanya pun aku tak nampak. Elak punya elak punya elak, Dina dah kejutkan aku... nasib baik... fuhhhh lega aku terselamat dari tertembak....

Jam menunjukkan 3:21 pg. Kali ni aku berada di rumah Angah (kakak ipar aku). Masa tu Abg Sham (suaminya) ada kat rumah. Aku tegur dia, "abang kengkang sihat ke?" adehhh.. apasal aku panggil dia camtu ye. Dia cuma gelak2 kecil je. Lepas tu aku ke rumah mak mertua aku (rumah diorg ni berdepan je). Angah ada kat sana. Aku pun ckp dengan Angah, aku tegur Abg Sham tadi, panggil dia kengkang, dan Abg Sham gelak je. Rupa2nya Angah yang marah. Marah betul dia agaknya. Dia tenung aku dengan kening berkerut sambil geleng2 kepala dan sound aku, "tak payah la panggil orang mcm tu".. sentap mak nakkkk... Hahahahaha... tak sangka pulak gurauan aku tu melampau bagi dia. Kalau korang nak tau, Angah ni memang susah nak tengok dia marah orang. Kalau dengan anak2 tu biasa la. Ok sambung blk mimpi td. Mak mertua aku pun tenung aku semacam. Kat tgn dia ada daun kelapa muda. Nak wat ketupat ke? Rasanya bukan musim raya ni. hehehe... Lepas tu dia muncungkan mulut dia tunjuk ke arah kain. Kain hijau sekolah menengah. Owh... nak suruh aku jahitkan kain sekolah Wani (anak Angah). Masalahnya kain tu siap kena taruk lining. Kain cotton tu... siap nak taruk lining, menyusahkan je kan.. terkial2 la aku nak memotong kain tu dan jam loceng aku pun sama memekak... Haaaaa... sekali lagi aku terselamat dari keadaan 'dingin' masa tu... lega... lega...

Rabu, 21 Disember 2011

Sangkut-sangkut daaa....

Hmmm... ni masuk hari kedua kan... mlm tadi tidur asyik terganggun dek Dina asyik merengek. Tak puas nyusu agaknya. dah le dengan keadaan aku sekarang yang kena chicken pox, kena lah berlapik sana berlapik sini.. Yang dapat aku ingat malam td ada 3 mimpi.

First, aku tgh tgk satu stadium terbakar. Actually sengaja dibakar dengan penonton masih kat dalam. Stadium tu lak hanya seluas court badminton tp memang bentuk bulat macam stadium la. hahahaha... Apinya hmmm ntah le nak kata marak sgt tak jugak, lagi marak api masa arwah mak aku bakar sampah kat depan umah kat kampung dulu. Tapi effectnya, habis org kat dalam tu rentung. Kesian sangat. Aku ni kira team penyelamat. Nak gi padamkan api la ni, guna apa korang tau? Guna tong sangkut kat belakang tu mcm org pegi sembur racun kat kebun2 tu... lawak tul lah... bila la apinya nak padam. Masuk dalam tu aku tengok org2 yang dah rentung tu pelbagai saiz. kebanyakannya kecik je sebesar kelingking, tapi ada gak yang besar cam gergasi. Pelik, 'stadium' sebesar tu, boleh jugak gergasi masuk. Sebelum kerja2 menyelamat bermula, kami ada taklimat dulu, sorang pompuan yang bercakap guna mic. Tapi nape suaranya cuma ehek ehek... rupanya Dina merengek nak susu. haisssshhhh... hahahaha

Lepas susukan Dina aku tgk jam baru pukul 5.02 pg. Aku tido blk. Kali ni mimpi tgh bersiap nak gi mana ntah. tgh borak2, aku tgk jam dah pukul 7. Aku cuma ingat, aku cakap "Ya Allah, baju tak iron lagi...." sempat la ambik ironing board, tenyeh baju tu dua tiga kali dan aku tersedar blk

Subuh belum masuk waktu, dan aku terlelap lg. Kali ni aku dengan Chah pulak (ex house-mate) baru blk dari kelas. Kami berdua pakai baju kurung batik sutera you.... Tengah lepak atas katil dalam bilik, ada orang dtg jual kain, siap masuk dalam bilik kitorang tu... kami pun selamba la tgk dia promote kain2 tu... dan lps tu aku tak ingat dah.. hehehe...

Selasa, 20 Disember 2011

Oh! Tidak....

Sebenarnya dah lama nak wat blog cam ni tp asyik tertangguh je. Aku ni memang jenis yang senang dapat mimpi. Terlelap kejap je, dah start mimpi. Atau memang aku ni orang yang kuat berkhayal? Apa2 je lah. Yang pasti apa yang akan coret untuk hari2 yg mendatang memang akan based on aku punya mimpi. Tak main reka2. Mana yang aku dapat recall, aku catat la. hehehehe... harap korang seronok membacanya nanti ye...

Hari ni 20/12/2011, aku start la ngan mimpi aku mlm tadi. Hmmmm... yang dapat aku ingat, aku tengah tolong persiapan majlis pertunangan, tapi untuk siapa aku tak sure. Hehehehe tak kenal kot... masa aku balik, kuar je dari keta, aku nampak Eddy (my hubby tu) ada dengan Abg Din (kawan kerja dia yg kamceng sangat ngan dia tu). Kat tgn Abg Din ada satu botol... botol minuman air kencing setan. Nauzubillah, Abg Din bukan peminum arak ye kawan2. huhuhu... masa tu aku tgk Abg Din dah terhoyong hayang. Aku pun sound Eddy masa tu, "kalau awak minum air tu, maka jatuh satu talak atas diri saya. Awak jgn lupa lafaz awak dulu", uuiiiiii marah betul aku masa tu. Siap nangis2 lg. Memang sedih sgt2 kan kalau hubby kita minum air setan. Lps tu aku tgk dia terpinga2 mcm tak tau nk wat apa dan dia terus naik motor dgn Abg Din pegi mana entah. Aku nangis2 terus lari masuk rumah. oooo rumah kitorg ala2 rumah kaca tepi laut tau.. hahahahaha berangan duk umah cam citer Full House tu kot... then tgh nangis2 tu dtg sorang mamat pujuk aku, blm sempat aku tgk muka dia, Eddy dah kejutkan aku solat subuh... hmmm nasib baik tak terbabas babe... hehehehehe....