Khamis, 22 Disember 2011

FK lagi....

Agak lewat aku update hari ni rasanya...

Malam td, lg sekali aktor tu muncul dlm mimpi aku. Siapa agaknya? haha hero FK laaa... Kali ni dia macam tetamu di rumah kami, sebuah bungalow usang yang macam dah ditinggalkan beratus tahun. Kami ni kononnya bercinta sorok2 lah dari pengetahuan ayah aku. Hmmm.. kami sorok2 keluar ke padang, berbaring di sana sambil melihat bintang2 dilangit. Waahhhh romantaik betul. Tgh syok layan jiwang, ayah panggil FK suruh betulkan paip yang rosak. Kami cepat2 balik. Masuk je dalam rumah, aku dah berada di sekitar Mines Shopping Fair sana. Berada dalam satu kejadian tembak menembak. Adoooiiii cerita Tamil pulak ke ni? Masalahnya aku berada dalam sebuah kereta yang tengah dihujani peluru. Takutnya tak payah la nak cerita. Beberapa peluru mengenai cermin depan kereta yang aku naiki tu tapi cermin tu kalis peluru kot sbb driver tu tak mati2 pun. Driver tu aku tak tau siapa sebab mukanya pun aku tak nampak. Elak punya elak punya elak, Dina dah kejutkan aku... nasib baik... fuhhhh lega aku terselamat dari tertembak....

Jam menunjukkan 3:21 pg. Kali ni aku berada di rumah Angah (kakak ipar aku). Masa tu Abg Sham (suaminya) ada kat rumah. Aku tegur dia, "abang kengkang sihat ke?" adehhh.. apasal aku panggil dia camtu ye. Dia cuma gelak2 kecil je. Lepas tu aku ke rumah mak mertua aku (rumah diorg ni berdepan je). Angah ada kat sana. Aku pun ckp dengan Angah, aku tegur Abg Sham tadi, panggil dia kengkang, dan Abg Sham gelak je. Rupa2nya Angah yang marah. Marah betul dia agaknya. Dia tenung aku dengan kening berkerut sambil geleng2 kepala dan sound aku, "tak payah la panggil orang mcm tu".. sentap mak nakkkk... Hahahahaha... tak sangka pulak gurauan aku tu melampau bagi dia. Kalau korang nak tau, Angah ni memang susah nak tengok dia marah orang. Kalau dengan anak2 tu biasa la. Ok sambung blk mimpi td. Mak mertua aku pun tenung aku semacam. Kat tgn dia ada daun kelapa muda. Nak wat ketupat ke? Rasanya bukan musim raya ni. hehehe... Lepas tu dia muncungkan mulut dia tunjuk ke arah kain. Kain hijau sekolah menengah. Owh... nak suruh aku jahitkan kain sekolah Wani (anak Angah). Masalahnya kain tu siap kena taruk lining. Kain cotton tu... siap nak taruk lining, menyusahkan je kan.. terkial2 la aku nak memotong kain tu dan jam loceng aku pun sama memekak... Haaaaa... sekali lagi aku terselamat dari keadaan 'dingin' masa tu... lega... lega...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan