Sabtu, 24 Disember 2011

Pau dan tembikar

Semalam tgk Kak Marina Masdar post gambar tart keju blueberry yg baru dia buat. Dalam kepala ni dah berkira2 nak buat juga. Tp tepung Hong Kong yang aku beli hari tu untuk buat pau masih tak berusik. Kacang merah pun dah beli, tunggu nak masak je. Malasnya nak buat inti tu... Tu la sampai bawak ke mimpi belajar buat pau. Siapa gurunya. tak pulak aku ingat. Yg aku ingat, duk sibuk cari kertas untuk lapik pau tu. Mangsanya, buku nota kecik si Mira dan Amalia yang aku kebas... Hasilnya, wahhhh pau tu putih gebu, macam pau Ahmad laaa... sampai situ je.. :)

Lepas tu aku dan family pergi melancong. Melawat tempat orang buat barangan tembikar. Aku dengan Eddy sibuk la berebut camera, masing2 nak shooting scene yang menarik. Tp camera tu pelik sangat. Aku shoot gambar tembikar, keluar gambar gunung ganang. Ni mesti terpengaruh dengan cerita Mission: Impossible III yang aku tengok malam tadi. Hisshhhh... tengah gaduh2 pasal camera tu, Amalia nak buang air. Pegi la cari toilet. Kat belakang bangsal tu je tp nak menguruskan dia buang air tu, aku rasa lama sangat. Sampai la aku terjaga sendiri dalam pukul 6 pg td. Susukan Dina kejap sebelum bangun solat. Tp korang perasan tak, mimpi2 pergi bilik air buang air yang tak habis2 tu lah yang biasanya akan buatkan kita terlajak... faham kan maksud aku. hahahahaha...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan