Rabu, 21 Disember 2011

Sangkut-sangkut daaa....

Hmmm... ni masuk hari kedua kan... mlm tadi tidur asyik terganggun dek Dina asyik merengek. Tak puas nyusu agaknya. dah le dengan keadaan aku sekarang yang kena chicken pox, kena lah berlapik sana berlapik sini.. Yang dapat aku ingat malam td ada 3 mimpi.

First, aku tgh tgk satu stadium terbakar. Actually sengaja dibakar dengan penonton masih kat dalam. Stadium tu lak hanya seluas court badminton tp memang bentuk bulat macam stadium la. hahahaha... Apinya hmmm ntah le nak kata marak sgt tak jugak, lagi marak api masa arwah mak aku bakar sampah kat depan umah kat kampung dulu. Tapi effectnya, habis org kat dalam tu rentung. Kesian sangat. Aku ni kira team penyelamat. Nak gi padamkan api la ni, guna apa korang tau? Guna tong sangkut kat belakang tu mcm org pegi sembur racun kat kebun2 tu... lawak tul lah... bila la apinya nak padam. Masuk dalam tu aku tengok org2 yang dah rentung tu pelbagai saiz. kebanyakannya kecik je sebesar kelingking, tapi ada gak yang besar cam gergasi. Pelik, 'stadium' sebesar tu, boleh jugak gergasi masuk. Sebelum kerja2 menyelamat bermula, kami ada taklimat dulu, sorang pompuan yang bercakap guna mic. Tapi nape suaranya cuma ehek ehek... rupanya Dina merengek nak susu. haisssshhhh... hahahaha

Lepas susukan Dina aku tgk jam baru pukul 5.02 pg. Aku tido blk. Kali ni mimpi tgh bersiap nak gi mana ntah. tgh borak2, aku tgk jam dah pukul 7. Aku cuma ingat, aku cakap "Ya Allah, baju tak iron lagi...." sempat la ambik ironing board, tenyeh baju tu dua tiga kali dan aku tersedar blk

Subuh belum masuk waktu, dan aku terlelap lg. Kali ni aku dengan Chah pulak (ex house-mate) baru blk dari kelas. Kami berdua pakai baju kurung batik sutera you.... Tengah lepak atas katil dalam bilik, ada orang dtg jual kain, siap masuk dalam bilik kitorang tu... kami pun selamba la tgk dia promote kain2 tu... dan lps tu aku tak ingat dah.. hehehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan