Ahad, 25 Disember 2011

China....

Semalam pergi kenduri dari petang sampai ke malam. Lps kenduri kami adik beradik ipar duai ada meeting. Biasa lah, meeting pasal trip kami ke Melaka pada Raya Cina nanti. So, apa lagi. bawak sampai ke mimpi lah...

Trip kami ke China.. Konon laaa... macam la pernah sampai ke sana. Kami ke China tu satu family. Mak, abah pun ada. Ntah ceruk mana la kami menginap, dengan sesak, tak bersih. Adoiii ni mesti trip bayaran murah punya. Hahahaha... time makan, kami cari gerai tepi jalan. Alaaa kalau kat sini, orang panggil cucuk-cucuk, yang jual kat tepi2 jalan tu je. Ada sorang wanita ni, bertudung, fasih cakap Melayu. Dia kata yang dia jual tu semua halal, tak payah risau. Tp kami berlagak, kononnya nak survey2 restoran kat sekitar tu dulu. Last2 makan kat kat gerai sorang lelaki tu. Mukanya dah la macam org Tibet, tak kemas, cam selekeh sangat. Makan la kat situ. Tp dia punya makanan, ya ampun... masin gila dan halal ke tu???. Kami pun komen la tapi dia macam tak faham apa yang kami cakap. Bila tanya harga, yang aku ingat dia kata set pertama tu 24 dollar. wahhhhh boleh tahan reganya padahal bukan byk mana pun kami telan, tak sedap pulak tu. Aku tak sure kami bayar ke tidak sbb seketika tu kami dah berada di satu kawasan yang penuh dengan pokok sakura. ????? cantiknya.... tapi sakura bukan kat Jepun je ke? Confuse... Masa tu lah, wanita yang jual cucuk2 kat gerai pertama tadi tolong kami angkut2 beg... nak pergi mana pulak ni??????...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan